Khamis, 3 Mac 2011

Resepi Udang Masak Lemak dengan kacang panjang dan belimbing buluh


Resepi Salad Udang



Bahan-bahan:

200 gram udang – saiz besar
500 ml air
1 sudu teh garam
2 helai daun salad - potong kasar
1 sudu makan daun parsley - dicincang

Sos salad :
50 ml mayonnaise
1 sudu makan susu pekat manis
1 sudu makan mustard
1 sudu teh jus lemon

Cara penyediaan:

Rebus udang bersama garam sehingga udang bertukar warna menjadi kemerah-merahan. Toskan, kupas kulitnya dan tinggalkankan bahagian ekornya. Simpan di dalam peti sejuk selama sejam.
Untuk membuat sos salad, masukkan kesemua bahan sos dalam mangkuk besar dan kacau sampai mesra. 
Masukkan udang yang telah disejukkan ke dalam mangkuk sos dan gaul sampai udang besalut dengan mayones sepenuhnya. Simpan didalam peti ais sekali lagi sebelum disajikan.
Untuk sajian, masukkan daun salad dalam mangkuk sajian diikuti dengan udang yang telah digaul mayonnaise. Akhir sekali taburkan daun parsley cincang.


Resepi Udang Goreng Berempah


Bahan-bahan :

500 gms udang saiz sederhana besar — buang kulit dan bersihkan
4 bawang merah - a
2 ulas bawang putih - b
3 cm halia - c
1 cm kunyit – d (a,b,c & d tumbuk bersama-sama)
1 bawang besar — hiris
1 cawan santan pekat — dari ½ biji kelapa parut
1 sudu makan serbuk kari — gaul rata dengan 1 sudu makan serbuk kari
1 tangkai daun kari
1 sudu makan minyal masak
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:


Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.       Masukkan daun kari.
Masukkan serbuk kari dan kacau sehingga naik baud an terbit mintak, pastikan tidak hangus.
Masukkan bawang besar dan santan kelapa. Masak hingga mendidih.
Masukkan udang dan panaskan hingga masak.
Tutup api dan sedia dihidangkan panas-panas bersama nasi.

Rabu, 2 Mac 2011

Resepi Rendang Udang


Bahan-bahan:

½ kg udang saiz besar
5 helai daun limau purut - dihiris halus
 
1 cawan santan pekat - dicampur dengan 1 cawan air
 
4 sudu makan kerisik
 
2 sudu makan serbuk cili
 
1 batang serai - diketuk
 
Minyak masak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Giling: 


4 biji bawang merah 
3 inci halia muda
 
2 inci lengkuas
 
2 batang serai
 
1 cm kunyit
 
6 biji cili padi (lebih jika suka pedas)
2 helai daun kunyit
 

Cara Penyediaan:

*Panaskan minyak dan tumis bahan giling hingga naik baunya. Masukkan serbuk cili dan tumis lagi hingga mesra. 
*Masukkan santan, serai serta kerisik. Biarkan hingga menggelegak. *Kacau sekali sekala untuk mengelakkan santan menjadi berketul-ketul.
*Setelah menggelegak seketika, masukkan udang. Biarkan hingga kuah pekat dan terbit minyak.
*Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Mee Udang Indonesia



Bahan-bahan:

400 gram udang – saiz sederhana
¼ sudu teh garam
1.5 l air
200 gram mee telur kering

Kuah sup :
Air rebusan udang secukupnya
½ sudu teh minyak masak
1 ½ sudu teh garam
150 ml air

Sos :
8 sudu makan lada merah kisar
5 sudu makan sos tomato
2 sudu teh halia parut
4 ulas bawang putih parut
2 sudu makan daun bawang cincang
1 sudu makan minyak bijan
½ sudu teh cuka
300 ml air
1 sudu makan jus limau nipis
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula pasir

Pelengkap :
Telur rebus
Limau nipis
Daun bawang cincang

Cara penyediaan :

1.Lumur udang dengan garam, perapkan selama 10 minit. Kemudian masukkan udang kedalam periuk bersama 1.5 liter air, didihkan dan rebus selama 10 minit Angkat dan toskan. Tapis air rebusan udang dan ketepikan sebanyak 1.2 l. 
2.Satukan kesemua bahan sos, masukkan dalam periuk dan masak hingga pekat, tutup api.
3.Rebus mee telor dalam air mendidih sehingga lembut, angkat dan toskan. Masukkan mee ke dalam sos, kacau sampai tercampur rata.
4.Siapkan mangkuk sajian, bahagikan mee sama banyak ke dalam 4 mangkuk hidangan. Curah kuah sup, tambahkan udang dan telur rebus. Sajikan segera dengan taburi daun bawang dan hirisan limau nipis bila suka.

Resepi Udang Goreng Madu




Bahan-bahan:

400 gm udang besar
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
1 sudu makan tepung jagung
Minyak untuk menggoreng
1 labu bawang besar
1 biji cili merah
3 ulas bawang putih
3 sudu makan madu (bancuh dengan 2 sudu makan air)
2-3 biji cili api (diketuk)
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan jus lemon /limau kasturi/ limau nipis 
sedikit daun ketumbar (dihiris)
1/2 sudu makan kicap pekat

Cara penyediaan:

1.Gaul udang bersama serbuk kunyit, garam dan tepung jagung. Perap selama 10 minit. Kemudian goreng sehingga garing. Ketepikan.
2.Kisar bawang besar bersama cili merah dan bawang putih.
3.Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan yang telah dikisar hingga garing.
4.Masukkan madu, kicap dan sos cili. Kacau sedikit
5.Masukkan cili api dan daun ketumbar. Setelah kuah agak kering, masukkan udang, jus lemon dan daun ketumbar. Gaul hingga mesra. Tutupkan api. 
6.Angkat dan hidangkan.

Resepi Tom Yam Kung




Bahan -bahan:

10 ekor udang besar
5 keping cendawan putih, belah 2
2 batang serai, potong kasar
2 helai daun limau purut
3 tangkai lada merah, potong kasar
1 batang daun ketumbar, potong kasar
1 batang daun ketumbar, ambil daunnya
1 biji limau nipis, ambil jusnya
2 sudu makan sos ikan
1 sudu makan paste tom yam 
Garam secukup rasa
500 ml air rebusan udang

Cara penyediaan :

1.Panaskan air rebusan udang bersama serai, daun limau purut, batang daun ketumbar, lada dan paste tomyam sampai mendidih.
2.Masukan udang, cendawan, sos ikan dan jus limau nipis. Tambahkan garam dan taburi dengan daun ketumbar.
3.Sajikan panas-panas