Khamis, 3 Mac 2011

Resepi Udang Masak Lemak dengan kacang panjang dan belimbing buluh





Bahan-bahan:

1/2 kg udang galah/besar
10 - 15 kacang panjang, potong sepanjang 2 inci
10 biji belimbing buluh, dibelah dua
Garam dan gula secukup rasa
1 helai daun kunyit, dikoyak2

Bahan-bahan untuk ditumbuk/kisar:
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah
1 inci kunyit hidup
Belacan sebesar ibu jari

Cara Penyediaan:

Masukkan udang yg telah dibersihkan bersama bahan yang telah dikisar ke dalam periuk dan masak atas api perlahan selama 5 minit. Matikan api.
Tuang 1 cawan air pada kelapa parut dan perah utk mendapatkan pati santan pekat. Tuang lagi 1 1/2 cawan air pada kelapa parut tadi dan perah untuk mendapatkan santan cair. Ketepikan.
Hidupkan api kembali, masukkan santan cair ke dalam periuk berisi udang. Bila mendidih, masukkan belimbing buluh, biarkan mendidih dan tuang santan pekat, masukkan juga kacang panjang dan daun kunyit, biar mendidih atas api sederhana sambil dikacau selalu supaya tak pecah minyak.
Masukkan garam dan gula secukupnya. Biarakan mendidih seketika dan tutup api.
Sedia untuk dihidang bersama nasi putih, sambal belacan dan ulam-ulaman sebagai bahan sampingan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan